Monday, January 26, 2009

* sekadar renungan bersama... hargailah ibu sementara mereka masih ada...

Akibat menyakiti hati ibu
Jenazah terbiar lama

SETIAP kali ke selatan tanah air, saya sukar melupakan suatu peristiwa yang berlaku semasa saya berkhidmat di sanakira-kira 20 tahun lalu.

Saya masih ingat, bulan Mac 1980, kira-kira pukul 10.30 malam, saya mendapat panggilan telefon mengatakan ada kematian di kawasan perumahan berhampiran tempat kediaman saya.


Memandangkan malam sudah hampir larut, saya menangguhkan niat menziarah
Allahyarham. Saya mengambil keputusan menunggu sehingga esok pagi.
Saya tidak begitu mengenali Allahyarham.

Apa yang diberitahu beliau seorang wanita yang masih muda dan belum berumahtangga. Bagaimanapun saya memang kenal baik dengan ibunya. Orangnya baik dan lemah lembut, senang dibawa berbincang malah tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa.

Keesokannya, kira-kira pukul 8.00 pagi saya pun bergegas ke rumah
Allahyarham. Niat hati hanya untuk berziarah saja kerana kebetulan waktu
itu saya sedang hamil. Lagipun di situ terdapat seorang pengurus jenazah
yang memang saya kenali.

Sebaik tiba di sanaorang ramai telah memenuhi ruang tamu.Segala persiapan
telah di-buat. Kain kapan, kemenyan, kapur barus dan sebagainya siap
sedia di sisi jenazah. Saya lihat semua tetamu sedang khusyuk membaca surah Yasin. Hati saya tertanya-tanya di mana pengurus jenazah? Dia tidak kelihatan, sedangkan
rumahnya hanya selang beberapa pintu dari rumah Allahyarham.

Masa terus berlalu, pengurus jenazah yang bernama Mak Siti itu tidak
muncul-muncul. Jam di dinding menunjukkan pukul 12.00 tengah hari.
Hati mula tertanya-tanya, siapa akan menguruskan jenazah ini? Kesian...
Sudah lebih 12 jam jenazah terbiar. Saya menghampiri ibu Allahyarham.
"Mak cik, mana Mak Siti? Hari dah tinggi. Dia tak sampai lagi?" saya bertanya.
"Entahlah ustazah, mak cik telefon dia tadi. Katanya dia datang lewat
sikit, ada hal mustahak," kata ibu Allahyarham separuh kesal.
"Jenazah tak elok dibiarkan lama-lama. Saya bukan tak nak tolong tapi mak
cik tengoklah keadaan saya ni..." kata saya kepadanya sambil menunjuk ke
arah perut.
"Tak apa ustazah, makcik faham. Mak cik akan cuba minta tolong orang
kampung sebelah," jawab ibu Allahyarham lagi.

Salah seorang waris keluarga itu terus ke kampung sebelah, meminta
pertolongan. Lebih kurang setengah jam kemudian dia muncul kembali.
"Macam mana? Ada tak orangnya?" tanya ibu Allahyarham.
"Tak ada. Dia ke Kuala Lumpur semalam... ke rumah anaknya," kata lelaki
itu.
"Macam mana ni ustazah?" katanya kepada saya dengan wajah sedih. Lantas
dia memeluk saya sambil menahan sedu.
"Bersabar mak cik. Semua yang berlaku mesti ada hikmah di sebaliknya.
Kita tunggulah Mak Siti, kalau tak ada juga baru kita cari ikhtiar lain," kata
saya cuba mententeramkannya.

Kami mengambil keputusan menunggu saja kedatangan Mak Siti. Hari semakin
petang. Jarum jam terus berputar daripada pukul 1.00 ke pukul 2.00 dan
akhirnya mencecah 3.00.

Seorang demi seorang yang berada di ruang tamu meninggalkan rumah
Allahyarham. Semakin lama semakin ramai yang meminta diri untuk pulang.
Melihat keadaan yang semakin lengang, ibu Allahyarham kelihatan serba tak
kena. Tentulah dia sedih memikirkan tiada siapa untuk menguruskan jenazah
anak kesayangannya.
"Macam mana ni ustazah, jam dah hampir 4.00 petang. Bayang Mak Siti pun
tak nampak," rintih ibu Allahyarham sambil air matanya berlinangan.
"Kesian saya tengok mak cik. Tak ada siapa yang nak uruskan. Macam nilah
mak cik... saya bukanlah nak ambil tahu hal keluarga mak cik, tapi ada
tak apa-apa kelakuan Allahyarham yang mengecilkan hati mak cik?" tanya saya
spontan. Sebenarnya saya sendiri tak tahu bagaimana saya dapat
mengeluarkan perkataan demikian pada waktu itu.

"Kenapa ustazah tanya macam ni?" katanya agak terperanjat.
"Tak ada apa-apa. Cuma... kalau ada perilaku Allahyarham semasa hayatnya
membuat mak cik kecil hati, maafkan ajalah dia. Mungkin Itu akan dapat
meringankan bebannya," kata saya bersungguh-sungguh.
Mendengar kata-kata itu, ibu Allahyarham terus menangis teresak-esak
lantas memeluk saya. Saya tergamam seketika. Mulut saya terkunci.
"Memang mak cik merasa kecil hati dengannya. Dia tu suka melawan, sepatah
yang mak cik cakap, sepuluh dia balas. Puas adik-beradik nasihatkan dia.
Tapi dia tetap macam tu. "Lagipun dia ni degil, tak pernah langsung mendengar nasihat mak cik. Apa yang mak cik cakap semuanya dibangkang," katanya dengan linangan air mata.

Menurut ibu Allahyarham lagi, walaupun demikian anaknya amat bersopan
santun dan mesra dengan orang lain. Tidak pernah dia meninggikan suara
jika berbual dengan sahabat atau saudara-mara.
"Dengan mak cik saja dia begitu.. Itu yang mak cik kecil hati. Kadangkala
mak cik terfikir di mana silap mak cik," tambahnya dalam esak tangis.
Malah kata ibu Allahyarham, anaknya seorang yang taat kepada suruhan
Allah. Segala amal ibadat sama ada yang wajib atau sunat tidak pernah
ditinggalkan. "Sampai sekarang mak cik kecil hati dengan dia. Sebab ni ke, tak ada
orang nak sempurnakan jenazahnya, ustazah?" tanya ibu Allahyarham sambil
mengesat mata.

"Yang sudah tu sudahlah. Sekarang mak cik maafkanlah segala kesalahan dan
kesilapan itu. Insya-Allah segalanya akan berjalan lancar dan jenazahnya
akan disempurnakan dengan cepat," kata saya lagi. Sebaik saja saya
berkata demikian, ibu Allahyarham terus mengangkat tangan berdoa sambil berkata,
"Ya Allah, ya Tuhanku. Aku ampunkan segala kesalahan, kesilapan dan dosa
anakku ini. Lapangkanlah anakku dari segala seksaan." Dia kemudian terus
membuka kain penutup jenazah. Ditenung wajah anaknya agak lama.
Lebih kurang limaminit kemudian, tiba-tiba terdengar suara Mak Siti
memberi salam di muka pintu.
''Maaflahhhh, terlambat. Saya ke pekan, ada hal sikit tadi. Tak sangka
pula susah benar dapat teksi, tak macam selalu," kata Mak Siti sambil
bersalaman dengan tetamu-tetamu yang ada. Saya pandang wajah ibu Allahyarham. Jauh
di sudut hati, saya berbisik: "Alangkah besarnya keagunganMu, ya Allah. Enam
belas jam jenazah terbiar tetapi selepas dosanya diampunkan ibu, mudah
saja Allah lorongkan kebaikan."

Memandangkan semua sudah tersedia, Mak Siti terus memulakan tugasnya.
Saya juga turut membantu serba sedikit. Tidak sampai satu jam, segala-galanya
daripada mandi, kapan dan sembahyang jenazah siap disempurnakan.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran
selepas azan Asar pada hari itu juga.

Rupa-rupanya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari-hari, kita tak boleh main balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan-kawan telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain-lainnya.

Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari-hari. Apa kata kita ikut diet ini kawan=kawan. tak payahlah susah-susah makan pil untuk kurus? InsyaAllah kalau kawan-kawan ikut diet Rasullullah ini, Gerenti... kawan-kawan takkan sakit perut atau pun keracunan makanan.

Jangan makan SUSU + DAGING

Jangan makan DAGING + IKAN

Jangan makan IKAN + SUSU

Jangan makan AYAM + SUSU

Jangan makan IKAN + TELUR

Jangan makan IKAN + DAUN SALAD

Jangan makan SUSU + CUKA

Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL

# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.

# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.

# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.


Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan-kawan cuba laa.................................
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di khuatiri akan cepat mendapat penyakit.

Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

p/s : Sampaikan walau sepatah...

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan...Wallahuaklam...

" Why do we read Quran, even we can't understand not even a single Arabic???? "

This is beautiful story

An old American Muslim lived on a farm in the mountains of eastern Kentucky with his young grandson. Each morning Grandpa was up early sitting at the kitchen table reading his Qur'an.

His grandson wanted to be just like him and tried to imitate him in every way he could.

One day the grandson asked, "Grandpa, I try to read the Qur'an just like you but I don't understand it, and what I do understand I forget as soon as I close the book.What good does reading the Qur'an do?"

The Grandfather quietly turned from putting coal in the stove and replied, "Take this coal basket down to the river and bring me back a basket of water."

The boy did as he was told, but all the water leaked out before he got back to the house. The grandfather laughed and said, "You'll have to move a little faster next time," and sent him back to the river with the basket to try again.

This time the boy ran faster, but again the basket was empty before he returned home. Out of breath, he told his grandfather that it was impossible to carry water in a basket, and he went to get a bucket instead.

The old man said, "I don't want a bucket of water; I want a basket of water. You're just not trying hard enough," and he went out the door to watch the boy try again. At this point, the boy knew it was impossible, but he wanted to show his grandfather that even if he ran as fast as he could, the water would leak out before he got back to the house.

The boy again dipped the basket into river and ran hard, but when he reached his grandfather the basket was again empty. Out of breath, he said, "See Grandpa, it's useless!"

"So you think it is useless?" The old man said, "Look at the basket." The boy looked at the basket and for the first time realized that the basket was different. It had been transformed from a dirty old coal basket and was now clean, inside and out.

"Son, that's what happens when you read the Qur'an. You might not understand or remember everything, but when you read it, you will be changed, inside and out. That is the work of Allah in our lives."

Jazakallahukhairank athira... .

"It is better to try and fail, than not try at all"

Seiring dengan perkembangan kemajuan negara, masyarakat Malaysia juga semakin mengambil berat dalam soal penjagaan kesihatan dan kebersihan diri. Limpahan produk di pasaran boleh dikatakan lebih daripada mencukupi.

Apa yang menarik perhatian untuk saya kongsi di sini
ialah berhubung penggunaan putik kapas (cotton bud) sebagai alat untuk membersihkan telinga.

Berdasarkan pengalaman mengendalikan klinik telinga, hidung dan tekak, masalah pesakit yang datang dengan kurang deria dengar boleh dikatakan ada setiap hari. Mereka terdiri daripada warga emas, punca yang pelbagai juga di kesan menjadi sebab berlakunya masalah ini.

Salah satu punca yang boleh diatasi dan didapati kerap berlaku di kalangan pesakit kurang dengar ialah masalah saluran telinga luar yang tersumbat dengan ‘tahi telinga’ atau lebih tepat lagi lilin telinga (ear wax) yang telah mampat.

Melalui soal selidik yang dijalankan, majoriti mereka jika tidak kesemua daripada mereka mengakui menggunakan putik kapas secara rutin dan berterusan. Mereka atau kita juga mungkin beranggapan putik kapas yang digunakan akan dapat membersihkan saluran telinga daripada
lilin telinga yang terhasil secara fisiologi.

Disinilah timbulnya kesilapan. Putik kapas yang digunakan sebenarnya menolak lilin telinga masuk lebih ke dalam dan hanya sedikit yang melekat padanya dan dikeluarkan. Sedangkan, saluran telinga kita telah dicipta lengkap dengan mekanisme rerambut halus yang berfungsi gerakan ke arah keluar telinga bagi mengeluarkan lilin yang berlebihan.

Penggunaan putik kapas dalam gerakan ke dalam yang melawan arus fisiologi akan menyebabkan kegagalan fungsi normal ini dan seterusnya menyebabkan sedikit demi sedikit lilin telinga akan bertolak semakin ke dalam, termampat ke arah gegendang telinga dan seterusnya mengganggu konduksi bunyi dari punca rangsangan. Keadaan ini disebut gangguan pendengaran jenis konduksif (conductive hearing loss).

Satu lagi masalah yang timbul daripada penggunaan putik kapas ialah ada kemungkinan bahagian kapasnya tertanggal dan tertinggal di dalam saluran telinga. Ini juga akan mengganggu pendengaran. Jika terbiar lama akan mengundang jangkitan kuman pula. Selaras dengan slogan ‘mencegah lebih baik daripada merawat’, marilah sama-sama kita menjaga kebersihan dan kesihatan diri dengan mendalami ilmu yang sahih daripada autoriti yang tepat.

Kita telah dicipta dengan sebaik-baik keadaan dan sifat, justeru menjadi tanggungjawab kitalah untuk menjaganya dengan selamat.


DR. IRFAN MOHAMAD
Jabatan ORL-HNS (ENT)
Hospital Universiti Sains Malaysia
Kubang Kerian.

Kisah ini saya terima dari seorang kawan yang mungkin juga telah
diterima dari seorang yang lain .. utuk dikongsi bersama, moga boleh
mengambil iktibar..

Allah Maha Pengasih

Sepasang suami isteri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3
orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnya
pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan untuk bercerai,
mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin Mereka
menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan pembagian
harta diantara mereka, perundingan berlangsung lancar, namun akhirnya
sebagian besar masalah terselesaikan, baik tanah, rumah, dan semua aset
harta mereka dapat dibagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak.

Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, iaitu mengenai
pembahagian anak [jangan lupa anak mereka tiga orang], baik si suami
mahupun si isteri sama sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mahu
mengalah, dan anak tidak mungkin dibelah dua seperti pada Zaman
Sulaiman dulu.

Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasihat bagaimana
jalan keluar yang harus ditempuh.
Imam akhirnya memberikan jalan keluar yang bijak, iaitu mereka
diminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka harus menambah
satu orang anak selama satu tahun, bila Tuhan mengizinkan perceraian
mereka, Tuhan akan memberikan tambahan satu anak, total menjadi 4 anak,
sehingga mudah untuk dibahagi di antara mereka berdua.

Kerana si suami dan si isteri sangat serius untuk bercerai, mereka
berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnya mereka berhasil.
Setahun kemudian, ketika Imam berjalan jalan, beliau bertemu
dengan pasangan suami isteri ini, sedang bergandingan tangan dengan
mesra,sehingga Imam bertanya, : "Apakah Kalian tidak berhasil
menambah anak sehingga kalian batal bercerai?".

SiSuami lalu menjawab : "Tuhan maha pengasih, Dia memberikan kami
tambahan anak, tapi sekaligus juga memberikan isyarat agar kami saling
memaafkan dan saling mengasihi, kami memutuskan untuk tidak
bercerai"."Bagaimana Tuhan memberikan isyaratNya?" , tanya Imam.
"Tuhan memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak,
anak kembar !!".

Beberapa hikmah:

1. Menunda tindakan negatif sering bermanfaat, apalagi ketika seseorang
sedang dikuasai emosi. Ada baiknya jika kita sedang marah kita menunda
sesuatu yang ingin kita lakukan. Betapa banyak penghuni penjara yang
menyesal: mengapa ketika marah memukuli isteri/anak/dsb sampai tewas....

2. Mampu mengendalikan marah [emosi] adalah kunci kebaikan, sehingga
Nabi SAW menekankan 'laa taghdhab' [jangan marah] kepada sahabatnya.

3. Kisah diatas menunjukkan kasih sayang Allah, tetapi ada yang lebih
baik daripada kisah di atas iaitu pasangan suami isteri yang selalu
berhasil meredam pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah
meninggalkan isteri/suami yang marah untuk sebentar kemudian kembali membawa buah
tangan/peralatan baru kesukaannya akan membuatnya tersenyum, meminta
maaf dan berfikir betapa baiknya suaminya/isterinya.

4. Pertengkaran itu lumrah rumah tangga. Dengan pertengkaranlah
keharmonisan semakin terasa nikmat. Orang bijaksana akan menikmati
pertengkaran dan masa-masa setelahnya dengan tetap mengendalikan
suasana agar tidak sampai keluar dari sunnah Nabi saw., Kerana
pertengkaran itu seperti api: sedikitnya bermanfaat tetapi besar dan
luasnya membinasakan.

;;