Thursday, January 8, 2009

GEORGETOWN: Botol air plastik pelbagai warna dan bentuk yang banyak di pasaran ketika ini didapati boleh menyebabkan pelbagai jenis kesan buruk kepada kesihatan manusia termasuk kanser payu dara.

Botol jenis polikarbonat (BPA) yang ringan dan tahan itu mudah diketahui kerana ada angka `7' dalam bentuk segi tiga bersama huruf `PC' di bahagian bawah setiap botolnya.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris, berkata antara kesan terhadap kesihatan manusia akibat penggunaan botol itu adalah ia akan menjejaskan organ pembiakan, memberi kesan buruk kepada tumor dan perkembangan prostat dan juga mengurangkan bilangan sperma.

Katanya, botol air jenis BPA itu dikatakan berbahaya kerana bahan yang digunakan iaitu kimia jenis `Environmental Hormone' mampu merembeskan bahan itu ke dalam air.

"Justeru CAP menggesa pihak yang bertanggungjawab supaya mengharamkan terus penggunaan botol air polikarbonat ini termasuk di kawasan sekolah," katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, semalam.





Wahai Saudara Islam Ku
Anak ini mencuba untok menyelamatkan Ibu nya yang dalam keadaan kritikal

Bayangkan apa yang sedang dipesan oleh Ibu nya sebelum dia menghembuskan nafas terakhir.
Bagaimana kah perasaan anak ini dan apakah keadilan yang diharapkan akan membuka mata dunia?

Pejamkan mata Anda buat seketika serta bukakan hati sudah tentu kalau boleh Anda ingin menjadi sesaorang yang akan bangun dan membela nasibnya.

"Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah....... . turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di GAZA, hancurkanlah rejim zionis..amin. ..."> >
(Lalu bacalah surah Al Fil / membayangkan kehancuran tentera Yahudi - dengan Izin Allah)


;;