Saturday, December 6, 2008

Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...

Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...

Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ....mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..

Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...

Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.

"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly....

Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing.

Wallahu A'lam...

Bintang Bollywood, Shah Rukh Khan hari ini menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk di Seri Negeri di sini, jam 11.30 pagi tadi.

Anugerah itu disampai oleh Yang Dipertuan Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Lebih 1,000 tetamu hadiri pada istiadat itu termasuk Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.


4 maut, 14 banglo tertimbus di Ampang

KUALA LUMPUR: 8 orang dikuatiri maut apabila 14 banglo tertimbus dalam kejadian tanah runtuh paling dahsyat di Jalan Bukit Mewah dan Jalan Mewah Utama di Bukit Antarabangsa, Ampang, kira-kira jam 4 pagi tadi.

TRAGEDI...pemandangan dari udara menunjukkan kemusnahan yang berlaku di Bukit Antarabangsa yang membabitkan runtuhan di dua kawasan perumahan dengan sekurang-kurangnya 14 banglo tertimbus dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi tadi.

Dua beranak yang maut ditemui di bawah runtuhan salah satu daripada 14 banglo yang tertimbus di Bukit Antarabangsa di sini setakat jam 8 pagi tadi.

Ibu dan anaknya itu adalah antara 8 mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh kira-kira jam 4 pagi tadi.

Sementara itu, 15 lagi penghuni dilaporkan cedera, manakala 93 lagi terselamat.

Pasukan mencari dan menyelamat giat melakukan usaha-usaha mencari mangsa yang masih hilang dipercayai tertimbus di kawasan tanah runtuh di Bukit Antarabangsa menggunakan jentera berat.

Sementara itu, seorang penduduk warga emas yang tinggal di Kondominium Impian Selatan yang terperangkap akibat kejadian itu berjaya dikeluarkan menggunakan helikopter pada pukul 5.30 petang.

Mulai jam 5 petang ini, pasukan penyelamat akan menggunakan jentera jengkaut sepenuhnya dalam usaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap di celah runtuhan banglo di Bukit Antarabangsa di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata arahan itu dikeluarkan selepas 12 jam kejadian berlaku bagi menyelamatkan mangsa yang masih bernyawa.

Bagaimanapun, katanya usaha menyelamat menggunakan jentera itu akan dilakukan secara berhati-hati dengan mewujudkan pasukan pemantau. Beliau juga berkata, usaha juga sedang dibuat untuk membina dua laluan alternatif bagi membolehkan lebih 5,000 penghuni sekitar runtuhan untuk meninggalkan kediaman masing-masing

Bomba dan Penyelamat percaya tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, Ampang, dipercayai berpunca daripada pergerakan air dalam tanah.

Pihak tentera, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (Smart), Bomba dan Penyelamat dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), kini sedang giat menjalankan kerja menyelamat.

Wednesday, December 3, 2008


Kerja bermula dari membuang kulit kayu bakau hinggalah mengeluarkan arang daripada 'iglu'

USIANYA mencecah 65 tahun. Layaknya seorang wanita seperti ini boleh dibiarkan bersenang lenang di rumah sambil melayan cucu menghabiskan masa menjelang penghubung usia.

Namun, bagi warga emas, Sapiah Hitam, sejak kematian suami 12 tahun lalu, beliaulah bapa dan ibu kepada tujuh anaknya. Walaupun kini semua anaknya sudah besar dan mampu berdikari, Sapiah sedar mereka juga bukannya hidup senang seperti orang lain.

Atas dasar itulah beliau meneruskan kerja di kilang arang kayu bakau di Kuala Sepetang, Perak sejak 20 tahun lalu. Selayaknya beliau kini menerima bayaran pencen pada usia itu, tetapi situasi jauh berbeza bagi Sapiah. Jika tidak bekerja, siapa yang akan menanggung perbelanjaan harian.

“Siapa nak bagi anak makan. Saya ada tujuh anak, syukur sampai sekarang saya masih mampu bekerja. Tuhan bagi kekuatan mencari rezeki. Anak saya pun kerja di sini,” katanya merujuk kepada Zuraida Talib, 24, juga bekerja di bahagian mengeluarkan arang dari dapur pembakaran di kilang berkenaan.

Kerjanya bukan senang. Bersama enam lagi wanita termasuk Zuraida, mereka mengambil upah mengeluarkan arang daripada dapur besar berbentuk iglu untuk diproses dan dibungkus sebelum ia dipasarkan.

Mukanya penuh calitan arang, tetapi senyumannya tetap terukir di bibir melihat aksinya dirakam kamera. Gelagatnya turut mencuit perasaan rakan setugas.... kata mereka selepas ini Sapiah akan menjadi popular dan jangan lupakan mereka.

“Macam mana nak ambil gambar ni, muka pun lebih hitam daripada arang,” katanya berseloroh sambil mengangkat keluar kayu bakau yang sudah siap dipotong.

Sapiah dan anaknya adalah sebahagian daripada wanita yang bekerja di kilang arang itu. Mereka digelar suri arang iaitu sekumpulan wanita pelbagai lapisan usia yang menjadikan produk arang Kuala Sepetang antara yang terkenal untuk pasaran tempatan dan antarabangsa terutama ke Jepun.

Kerja di kilang arang tidak semudah yang disangkakan. Ketika wanita di zaman moden ini mementingkan kecantikan, penampilan diri yang kemas dan menarik, situasi itu jauh berbeza dengan kumpulan suri arang.

Memang diakui, antara menjaga penampilan diri atau keperluan mencari rezeki, kedua-duanya sama penting terutama bagi wanita moden dan bekerjaya khususnya yang membabitkan aspek perhubungan dengan orang ramai setiap hari.

Namun, suatu yang jauh berbeza dan jarang diketahui umum, wanita di sini nyata mempunyai penampilan berbeza untuk mencari rezeki.

Soal bersolek, berpakaian cantik, kemas diketepikan sama sekali. Semua itu dianggap remeh dan tidak perlu difikirkan sangat kerana lebih penting mereka berdoa setiap hari semoga sentiasa sihat untuk bekerja.

Kehidupan kumpulan pekerja wanita di kilang arang ini mendapati mereka seronok dan gembira dengan apa yang mereka lakukan, berpegang pada prinsip ‘asalkan ia halal’, kami tak kisah lakukan semua ini.


Seorang lagi ibu tunggal, Hasnah Hussin, 54, juga mengalami nasib yang sama. Walaupun baru empat tahun bekerja di situ, ia menjadi sumber pendapatan tetapnya menyara keluarga selepas kematian suami lima tahun lalu.

“Empat daripada lima anak saya dah berkahwin. Saya tinggal dengan anak lelaki bujang, bekerja nelayan. Jika nak harapkan dia seorang, tentu teruk sebab nelayan ni rezekinya tak tentu, kadang-kala ada, kadang kala langsung tak dapat.

“Jadi, inilah tempat saya mencari rezeki. Datang jam 8 pagi, habis jam 1 tengah hari,” katanya yang juga dianggap sebagai warga emas berbanding rakan setugas lain, Norizan Abd Rashid, 33 dan Zurina Khalid, 34.

Di kilang bersebelahan, kami menemui dua lagi wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Che Su, 40, dan Kak Yam, 39, berganding bahu menyiapkan kerja membuang kulit bakau. Menggunakan pisau panjang diikat kayu rotan, mereka cukup tekun dan sabar.

Asalnya, mereka berdua bekerja di sebuah kilang elektronik di Pulau Pinang tetapi disebabkan masalah pengangkutan, mereka terpaksa berhenti kerja dan mencuba nasib di kilang arang. Layaknya kerja itu cuma dilakukan lelaki, tetapi mereka membuktikan wanita juga mampu jika mahu.

“Ini punca rezeki kami. Kalau tak kerja, dapur tak berasap. Dah empat tahun saya kerja, mula jam 8 pagi sampai 12 tengah hari, kadang kala sampai 2 petang. Kalau ada bekalan kayu lebih, kami balik rumah tengah hari dan datang semula sebelah petang,” kata Che Su.

Dengan upah 17 sen bagi setiap batang kayu bakau yang dibuang kulit, Che Su dan Kak Yam mampu menyiapkan lebih 200 batang sehari atau dalam perkiraan mudah, mereka mendapat upah kira-kira RM35 sehari. Jika dibahagi dua, seorang akan memperoleh RM17 sehari.

Kadar pendapatan bergantung kepada berapa jumlah kayu yang dibersihkan. Menjelang musim perayaan atau musim baru persekolahan, mereka akan bekerja lebih kuat untuk mencari perbelanjaan tambahan.

Rakan mereka, Zamri Zainon, 40, juga bekerja di situ sempat mengusik, katanya jika Kementerian Belia dan Sukan mahu mencari bakat sukan dalam acara lempar cakera, merejam lembing, datanglah ke sini, ramai wanita kuat dan cekal bekerja di sini.

INFO: Kadar bayaran bekerja di kilang arang

  • 17 sen sebatang bagi kerja mengopek kulit kayu bakau

  • RM37 seorang bagi upah mengeluarkan semua arang didapur (kebiasaannya mampu disiapkan dalam tempoh sehari).

  • 14 sen sebungkus upah di bahagian pembungkusan.

    Jenis kayu arang

  • Kayu bakau minyak (Rhiziphora apiculata)

  • Kayu bakau kurap (Rhizophara mucronata).

    Proses: 1) Pertama

  • Kayu bersaiz ukur lilit kira-kira 8 inci dipotong sepanjang empat meter.

  • Kayu bersaiz lebih 8 inci dibuang kulit di hutan dan saiz kurang 8 inci dibuang kulit di kilang.

    2) Kedua: Pembakaran

  • Kayu disusun menegak di dalam ‘dapur’ tanah liat dan bata berbentuk iglu, berdiameter 6.7 meter.

  • Satu dapur diisi antara 14,000 hingga 15,000 kg kayu atau 1,500 barang (4 tan).

  • Pintu utama bersaiz kecil diguna untuk menyalakan api besar selama 7 hari.

  • Selepas 7 hari, saiz api akan dikecilkan dan dibiarkan selama 10 hingga 12 hari

  • Suhu api di dapur mencecah sehingga 85 darjah celsius bertujuan mengeringkan air kayu bakau.

  • Dapur mempunyai lubang kecil di atasnya untuk mengeluarkan asap dan pekerja menghidu baunya untuk mengetahui arang sudah masak atau tidak.

    3) Ketiga: Penyejukan:

  • Api dipadamkan dan pintu dapur ditutup menggunakan simen antara 10 hingga 13 hari.

  • Selepas proses hampir sebulan, semua kayu dikeluarkan untuk dibungkus.

    4) Keempat: Pembungkusan

  • Dibungkus dengan kertas khas yang ditimbang antara 4.5 kilogram dan 5 kg.

  • Arang dibungkus terus arang di situ atau dihantar ke Kuala Kangsar, Perak untuk di eksport.
  • Did you know that you can find insomnia cure from the kitchen? Super-food honey is said to contain sleep inducing properties that is useful for overcoming insomnia. Thus, to promote sleep, some people have inculcated the habit of mixing a teaspoon of honey into a glass of herbal tea or warm milk before bedtime. And for children who have bed wetting problems, taking a teaspoon of honey before bed is believed to be helpful as honey aids water retention, and promotes relaxation of the body.

    Unlike processed sugars, eating honey raises your blood sugar level only slightly. The controlled rise of insulin causes the amino acid tryptophan (which is also present in honey) to enter our brain, where tryptophan is then converted into serotonin, a hormone which promotes relaxation. And in darkness, serotonin is converted into melatonin, a well-known cure for sleeping disorders. The Hibernation Diet also advocates the consumption of one or two tablespoonfuls of honey at night to promote good quality sleep.

    Our body stores ready-to-use energy as glycogen in the liver. When the liver runs out of glycogen at night, our brain starts to trigger stress hormones such as cortisol and adrenalin to convert protein muscle into glucose. Long term metabolic stress from cortisol production as a result of inadequate liver glycogen stores leads to insulin resistance, diabetes, and risk of obesity, cardiovascular disease. Pure natural honey is believed to be the best food for glycogen storage as it contains the ideal 1:1 ratio of fructose to glucose. When taken prior to bed, it is able to provide sufficient glycogen storage for the necessary fuelling of the liver, ease stress hormones and help us get a restful sleep at night.

    Monday, December 1, 2008



    Bangunan Sultan Iskandar, yang sebelum dikenali sebagai Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ), yang dirasmikan hari ini, merupakan pintu masuk moden ke Malaysia khususnya ke Wilayah Pembangunan Iskandar di sini, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

    Seramai sembilan juta pengunjung dianggarkan menggunakan kemudahan di situ setiap tahun, kata Perdana Menteri dalam ucapan pada majlis perasmian bangunan oleh Sultan Johor Sultan Iskandar.

    Menurutnya, pembukaan Bangunan Sultan Iskandar merupakan titik bersejarah kepada rakyat dan bangunan yang dibina di tanah seluas 113 hektar itu akan menjadi mercu tanda terkemuka.

    “Bangunan ini bukan sekadar satu usaha pembangunan tetapi juga adalah satu simbol penting yang melambangkan kemajuan serta potensi wilayah ini.

    “Ia merupakan pintu masuk yang moden, cekap dan indah, yang akan memberikan satu gambaran kepada setiap pengunjung dan pelabur dari luar akan kemodenan, kecekapan dan keindahan Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor dan pastinya, Malaysia,” katanya.

    Bangunan Sultan Iskandar akan beroperasi 24 jam sehari dan bakal dihuni oleh 21 agensi terdiri daripada jabatan kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, badan berkanun dan agensi swasta.

    Jabatan Imigresen akan bertanggungjawab menyelaras operasi serta pengurusan Bangunan Sultan Iskandar.

    “Polis Diraja Malaysia harus memastikan bahawa kawalan keselamatan yang rapi sentiasa diberikan di bangunan ini demi keselamatan dan kesejahteraan pengguna dan negara kita secara amnya,” katanya.

    Abdullah juga berkata setiap kakitangan yang berkhidmat di Bangunan Sultan Iskandar merupakan ’duta Malaysia’ kepada dunia luar.

    “Kita harus buktikan, malah serlahkan status Malaysia sebagai antara negara yang bukan sahaja maju tetapi juga mempunyai rakyat yang ramah dan berbudi bahas serta tinggi adab nilainya,” kata Abdullah.

    Dalam titahnya pula, Sultan Johor berharap Bangunan Sultan Iskandar akan memberikan keselesaan dan kesejahteraan kepada rakyat seterusnya kemajuan kepada negeri.

    “Hari ini adalah menjadi satu sejarah kepada negeri Johor kerana mendapat satu bangunan baru. Saya ucapkan tahniah kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini,” titah baginda.

    Turut berangkat ke majlis itu Sultanah Johor Sultanah Zanariah, Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dan isteri Raja Zarith Sofiah.

    Your name in japanese...try it..
    what is your japanese name ?Take each letter of your name and
    substitute it with the japanese sound to the right of the letter.
    Names might be kinda long.



    A- ka * B- zu * C- mi * D- te * E- ku * F- lu * G- ji
    H- ri * I- ki * J- zu * K- me * L- ta * M- rin *
    N- to O-mo * P- no * Q- ke * R- shi * S- ari * T-chi U- do *
    V- ru * W-mei * X- na * Y- fu * Z- zi

    contoh:

    mus - rindoari
    suhaili - aridorikakitaki
    tini - chikitoki
    rozana - shimozikatoka
    azlin - kazitakito
    nizam - tokizikarin
    Naniita - tokatokikichika

    Hatim al-Asamm said, "I have chosen four things to know and discarded all other things of knowledge."


    "The first is this: I know that my daily bread is apportioned to me and will neither be increased or decreased, so I have stopped trying to add to it."


    "Secondly, I know I owe to Allah a debt which no one else can pay for me, so I am busy about paying it."


    "Thirdly, I know that there is someone pursuing me ---Death --- whom I cannot escape from, so I have prepared myself to meet him.


    "Fourth, I know that Allah is observing me, so I am ashamed to do what I should not."

    ;;