Monday, December 29, 2008

Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Mukhriz Tuanku Munawir hari ini dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11 dalam upacara penuh istiadat di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini hari ini.

Baginda yang diputerakan pada 1945 merupakan satu-satunya putera kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (1960-1967).

Tunku Mukhriz merupakan calon Yang Dipertuan Besar bagi menggantikan ayahandanya selain Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Abdullah, namun baginda tidak dipilih atas alasan usia yang terlalu muda ketika itu iaitu 18 tahun.

Glitter Graphic Text - http://www.glittergraphictext.com


Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria dan tokoh ulama dari Syria, Prof. Dr. Wahbah Al-Zuhayli hari ini diumumkan sebagai tokoh Maal Hijrah 1430 Hijrah Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)


Tuanku Ja'afar mangkat

Almarhum Tuanku Ja'afar disenangi rakyatYang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), di sini, kira-kira jam 11.45 pagi semalam kerana angin ahmar.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Norzam Mohd Nor, berkata Tuanku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tuanku Besar Burhanuddin dan anak baginda, Datuk Seri Tuanku Puteri Jawahir serta dua cucu berada di sisi baginda ketika mangkat.

Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman begitu dekat di hati rakyat dan sudah tentu kemangkatan baginda begitu dirasai oleh segenap lapisan rakyat tanpa mengira kaum.

Almarhum Tuanku Ja'afar, 86, yang memerintah negeri ini selama 41 tahun mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar semalam selepas mengadu sakit kepala sebelum tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Almarhum Tuanku Ja'afar menjadi Yang di-Pertuan Agong mulai 26 April 1994 hingga 25 April 1999.

;;