Monday, December 29, 2008


Tuanku Ja'afar mangkat

Almarhum Tuanku Ja'afar disenangi rakyatYang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman, mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS), di sini, kira-kira jam 11.45 pagi semalam kerana angin ahmar.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Norzam Mohd Nor, berkata Tuanku Ampuan Negeri Sembilan, Tuanku Najihah Tuanku Besar Burhanuddin dan anak baginda, Datuk Seri Tuanku Puteri Jawahir serta dua cucu berada di sisi baginda ketika mangkat.

Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman begitu dekat di hati rakyat dan sudah tentu kemangkatan baginda begitu dirasai oleh segenap lapisan rakyat tanpa mengira kaum.

Almarhum Tuanku Ja'afar, 86, yang memerintah negeri ini selama 41 tahun mangkat di Hospital Tuanku Ja'afar semalam selepas mengadu sakit kepala sebelum tidak sedarkan diri di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

Almarhum Tuanku Ja'afar menjadi Yang di-Pertuan Agong mulai 26 April 1994 hingga 25 April 1999.

0 Comments:

Post a Comment