Saturday, April 18, 2009

Di New York, Wikipedia, satu website yang sangat popular yang menyediakan maklumat percuma, sedang mengalami krisis dimana seorang penghantar maklumat yang dihormati di website tersebut rupa-rupanya hanya seorang pelajar biasa. Beliau, Ryan Jordan berumur 24 tahun berpura-pura sebagai seorang profesor dan menghantar banyak maklumat kepada Wikipedia tentang Agama Kristian. Sumber maklumat yang beliau gunakan hanyalah satu buku bertajuk "Catholiscisme for Dummies". Untuk maklumat anda, semua orang dibenarkan untuk menghantar maklumat di Wikipedia dan lebih banyak maklumat dan lebih tepat maklumat tersebut, lebih dihormati penghantar maklumat itu oleh pengguna Wikipedia. Nampaknya kita sekarang perlu berhati-hati bila ambil maklumat dar Wikipedia!!

0 Comments:

Post a Comment