Thursday, February 5, 2009
Di antara jenis makanan,Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, yang kemudian menjadi objek penelitian dan pengkajian para pakar, yang ternyata di dalamnya terkandung manfaat yang sangat banyak dan sangat positif, dengan seizin Allah, ialah labu atau disebut ad-dubba’ atau al-yaqthin atau al-qar'u. Al-Bukhary membuat bab khusus, iaitu Bab Ad-Dubba'. Di sana disebutkan hadis Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam dari Anas, bahawa ada seorang budak, beliau datang sambil membawa labu. Lalu beliau memakannya. Maka aku sangat menyukai labu itu semenjak aku melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam memakannya.
Allah befirman,
"Sesungguhnya Yunus benar-benar salah seorang rasul, (ingatlah) ketika ia lari, ke kapal yang penuh muatan, kemudian ia ikut berundi lalu dia termasuk orang-orang yang kalah dalam undian. Maka ia di-telan oleh ikan besar dalam keadaan tercela. Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang-orang yang banyak mengingat Allah, nescaya ia akan tetap tinggal di perut ikan itu sampai hari kebangkitan. Kemudian Kami lemparkan dia ke daerah yang tandus, sedang ia dalam keadaan sakit. Dan Kami tumbuhkan untuk dia sebatang pohon dari jenis labu. Dan Kami utus dia kepada seratus ribu orang atau lebih.." (Ash-Shaffat: 139-147).
Al-Imam Ibnul-Qayyim mengupas panjang-lebar masalah labu ini.
.
Perhatikanlah wahai Akhi, bagaimana Allah Azza wa Jalla menyebutkan pohon ini di dalam Al-Quran.
.
Lihat juga bagaimana kecintaan Rasulullah Shal-lallahu Alaihi wa Sallam kepada labu. Engkau akan melihat seberapa banyak manfaat yang terkandung di dalam labu ini.
.
Abu Thalut berkata, "Aku masuk ke rumah Anas bin Malik Radhiyallahu Anhu, yang ketika itu dia sedang memakan labu, seraya berkata, "Ada apa sebenamya kamu ini wahai labu. Aku tidak menyukaimu melainkan kerana Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam menyukaimu."
.
Ketahuilah wahai Akhi, bahawa orang-orang yang telah melakukan penelitian ilmiah, menegaskan bahawa labu berfungsi sebagai perlindungan, pengubatan dan sekaligus makanan.
…..
..... Atas dasar ini, maka penelitian diarahkan untuk mengetahui pembentukan sebahagian jenis labu dan pengaruhnya untuk penyembuhan prefentif dan kuratif, berdasarkan keluarnya Yunus Alaihis-Salam dari perut ikan dalam keadaan sakit atau lemah atau kekuatannya yang menurun dengan drastik.
.
Beberapa hasil penelitian menunjukkan bahawa unsur dalam labu sangat berkesan untuk melawan bakteria. Kadar keberkesanannya berbeza-beza bergantung pada perbezaan jenis labu, bahagian yang digunakan dan jenis bakterianya. Memang yang paling berkesan untuk melawan bakteria adalah madu.
Kaitannya dengan bakteria, kadar kepekaan untuk melawan bakteria gram positive, lebih kuat daripada bakteria gram negative.
Semua ini menguatkan pengaruh labu untuk pengubatan secara prefentif dan kuratif untuk melawan mikroba.
Penelitian dengan topik yang sama masih terus belanjut, yang pada intinya menegaskan keberkesanan labu untuk melawan pelbagai jenis serangga, yang bererti juga untuk melawan pelbagai jenis penyakit yang ada pada serangga.
.Kami melihat sendiri bagaimana suatu kaum yang menggunakan labu sebagai alat pengubatan yang cukup berhasil dalam melawan beberapa jenis penyakit, di antaranya:
1. Untuk mengubati luka bakar, memar dan bengkak.
2. Menghentikan sakit demam dan menurunkan suhu badan yang sangat tinggi
Apakah keberkesanan labu ini dapat dikaitkan dengan keadaan Yunus Alaihis-Salam setelah beliau keluar dari perut ikan paus? Tanpa harus melihat tindakan Yunus Alaihis-Salam yang langsung memakan labu sesaat setelah keluar dari perut ikan ataupun keadaannya tanpa memakannya, namun labu ini merupakan jenis makanan yang bagus, mudah dicerna, tidak membebani kerja perut dan usus, sangat berkesan untuk mengubati sakit hati, ketuaan dan pada masa-masa penyembuhan penyakit secara umum.
Petikan di atas adalah dari buku 'Pengubatan & Penyembuhan Menurut Wahyu NABI' (2006) oleh Aiman Bin Abdul Fattah, Pustaka Dini.
Labels: Info
Monday, January 26, 2009
* sekadar renungan bersama... hargailah ibu sementara mereka masih ada...
Akibat menyakiti hati ibu
Jenazah terbiar lama
SETIAP kali ke selatan tanah air, saya sukar melupakan suatu peristiwa yang berlaku semasa saya berkhidmat di sanakira-kira 20 tahun lalu.
Memandangkan malam sudah hampir larut, saya menangguhkan niat menziarah
Allahyarham. Saya mengambil keputusan menunggu sehingga esok pagi.
Saya tidak begitu mengenali Allahyarham.
Apa yang diberitahu beliau seorang wanita yang masih muda dan belum berumahtangga. Bagaimanapun saya memang kenal baik dengan ibunya. Orangnya baik dan lemah lembut, senang dibawa berbincang malah tidak pernah bermusuhan dengan sesiapa.
Keesokannya, kira-kira pukul 8.00 pagi saya pun bergegas ke rumah
Allahyarham. Niat hati hanya untuk berziarah saja kerana kebetulan waktu
itu saya sedang hamil. Lagipun di situ terdapat seorang pengurus jenazah
yang memang saya kenali.
Sebaik tiba di sanaorang ramai telah memenuhi ruang tamu.Segala persiapan
telah di-buat. Kain kapan, kemenyan, kapur barus dan sebagainya siap
sedia di sisi jenazah. Saya lihat semua tetamu sedang khusyuk membaca surah Yasin. Hati saya tertanya-tanya di mana pengurus jenazah? Dia tidak kelihatan, sedangkan
rumahnya hanya selang beberapa pintu dari rumah Allahyarham.
Masa terus berlalu, pengurus jenazah yang bernama Mak Siti itu tidak
muncul-muncul. Jam di dinding menunjukkan pukul 12.00 tengah hari.
Hati mula tertanya-tanya, siapa akan menguruskan jenazah ini? Kesian...
Sudah lebih 12 jam jenazah terbiar. Saya menghampiri ibu Allahyarham.
"Mak cik, mana Mak Siti? Hari dah tinggi. Dia tak sampai lagi?" saya bertanya.
"Entahlah ustazah, mak cik telefon dia tadi. Katanya dia datang lewat
sikit, ada hal mustahak," kata ibu Allahyarham separuh kesal.
"Jenazah tak elok dibiarkan lama-lama. Saya bukan tak nak tolong tapi mak
cik tengoklah keadaan saya ni..." kata saya kepadanya sambil menunjuk ke
arah perut.
"Tak apa ustazah, makcik faham. Mak cik akan cuba minta tolong orang
kampung sebelah," jawab ibu Allahyarham lagi.
Salah seorang waris keluarga itu terus ke kampung sebelah, meminta
pertolongan. Lebih kurang setengah jam kemudian dia muncul kembali.
"Macam mana? Ada tak orangnya?" tanya ibu Allahyarham.
"Tak ada. Dia ke Kuala Lumpur semalam... ke rumah anaknya," kata lelaki
itu.
"Macam mana ni ustazah?" katanya kepada saya dengan wajah sedih. Lantas
dia memeluk saya sambil menahan sedu.
"Bersabar mak cik. Semua yang berlaku mesti ada hikmah di sebaliknya.
Kita tunggulah Mak Siti, kalau tak ada juga baru kita cari ikhtiar lain," kata
saya cuba mententeramkannya.
Kami mengambil keputusan menunggu saja kedatangan Mak Siti. Hari semakin
petang. Jarum jam terus berputar daripada pukul 1.00 ke pukul 2.00 dan
akhirnya mencecah 3.00.
Seorang demi seorang yang berada di ruang tamu meninggalkan rumah
Allahyarham. Semakin lama semakin ramai yang meminta diri untuk pulang.
Melihat keadaan yang semakin lengang, ibu Allahyarham kelihatan serba tak
kena. Tentulah dia sedih memikirkan tiada siapa untuk menguruskan jenazah
anak kesayangannya.
"Macam mana ni ustazah, jam dah hampir 4.00 petang. Bayang Mak Siti pun
tak nampak," rintih ibu Allahyarham sambil air matanya berlinangan.
"Kesian saya tengok mak cik. Tak ada siapa yang nak uruskan. Macam nilah
mak cik... saya bukanlah nak ambil tahu hal keluarga mak cik, tapi ada
tak apa-apa kelakuan Allahyarham yang mengecilkan hati mak cik?" tanya saya
spontan. Sebenarnya saya sendiri tak tahu bagaimana saya dapat
mengeluarkan perkataan demikian pada waktu itu.
"Kenapa ustazah tanya macam ni?" katanya agak terperanjat.
"Tak ada apa-apa. Cuma... kalau ada perilaku Allahyarham semasa hayatnya
membuat mak cik kecil hati, maafkan ajalah dia. Mungkin Itu akan dapat
meringankan bebannya," kata saya bersungguh-sungguh.
Mendengar kata-kata itu, ibu Allahyarham terus menangis teresak-esak
lantas memeluk saya. Saya tergamam seketika. Mulut saya terkunci.
"Memang mak cik merasa kecil hati dengannya. Dia tu suka melawan, sepatah
yang mak cik cakap, sepuluh dia balas. Puas adik-beradik nasihatkan dia.
Tapi dia tetap macam tu. "Lagipun dia ni degil, tak pernah langsung mendengar nasihat mak cik. Apa yang mak cik cakap semuanya dibangkang," katanya dengan linangan air mata.
Menurut ibu Allahyarham lagi, walaupun demikian anaknya amat bersopan
santun dan mesra dengan orang lain. Tidak pernah dia meninggikan suara
jika berbual dengan sahabat atau saudara-mara.
"Dengan mak cik saja dia begitu.. Itu yang mak cik kecil hati. Kadangkala
mak cik terfikir di mana silap mak cik," tambahnya dalam esak tangis.
Malah kata ibu Allahyarham, anaknya seorang yang taat kepada suruhan
Allah. Segala amal ibadat sama ada yang wajib atau sunat tidak pernah
ditinggalkan. "Sampai sekarang mak cik kecil hati dengan dia. Sebab ni ke, tak ada
orang nak sempurnakan jenazahnya, ustazah?" tanya ibu Allahyarham sambil
mengesat mata.
"Yang sudah tu sudahlah. Sekarang mak cik maafkanlah segala kesalahan dan
kesilapan itu. Insya-Allah segalanya akan berjalan lancar dan jenazahnya
akan disempurnakan dengan cepat," kata saya lagi. Sebaik saja saya
berkata demikian, ibu Allahyarham terus mengangkat tangan berdoa sambil berkata,
"Ya Allah, ya Tuhanku. Aku ampunkan segala kesalahan, kesilapan dan dosa
anakku ini. Lapangkanlah anakku dari segala seksaan." Dia kemudian terus
membuka kain penutup jenazah. Ditenung wajah anaknya agak lama.
Lebih kurang limaminit kemudian, tiba-tiba terdengar suara Mak Siti
memberi salam di muka pintu.
''Maaflahhhh, terlambat. Saya ke pekan, ada hal sikit tadi. Tak sangka
pula susah benar dapat teksi, tak macam selalu," kata Mak Siti sambil
bersalaman dengan tetamu-tetamu yang ada. Saya pandang wajah ibu Allahyarham. Jauh
di sudut hati, saya berbisik: "Alangkah besarnya keagunganMu, ya Allah. Enam
belas jam jenazah terbiar tetapi selepas dosanya diampunkan ibu, mudah
saja Allah lorongkan kebaikan."
Memandangkan semua sudah tersedia, Mak Siti terus memulakan tugasnya.
Saya juga turut membantu serba sedikit. Tidak sampai satu jam, segala-galanya
daripada mandi, kapan dan sembahyang jenazah siap disempurnakan.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran
selepas azan Asar pada hari itu juga.
Labels: Cerita-cerita
Rupa-rupanya tanpa kita sedar, dalam makanan yg kita makan sehari-hari, kita tak boleh main balun aje sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan-kawan telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain-lainnya.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari-hari. Apa kata kita ikut diet ini kawan=kawan. tak payahlah susah-susah makan pil untuk kurus? InsyaAllah kalau kawan-kawan ikut diet Rasullullah ini, Gerenti... kawan-kawan takkan sakit perut atau pun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
# JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH
DAHULU, BARU MAKAN NASI.
# TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
# JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan-kawan cuba laa.................................
Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie.... Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti.
Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di khuatiri akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.
p/s : Sampaikan walau sepatah...
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan...Wallahuaklam...
Labels: Info