Friday, April 10, 2009


http://www.bharian.com.my/klikkhas/kabinet/2009

Kabinet baru yang mencerminkan slogan 'Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan' itu,

Najib yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri keenam pada 3 April lalu, mengekalkan portfolio Menteri Kewangan yang disandangnya sejak 19 September 2008, manakala Muhyiddin bertukar ke Kementerian Pelajaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu rakyat memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada barisan jemaah menteri baru, yang beliau sifatkan sebagai Kabinet rakyat.

Perdana Menteri berkata, ini kerana pembentukan Kabinet kali ini tidak terikat kepada tuntutan dan kepentingan parti semata-mata.

Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam barisan Kabinet Datuk Seri Najib Razak semalam yang turut menyenaraikan enam muka baru, manakala lapan menteri digugurkan.

Kabinet baru Najib mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin selepas Perdana Menteri menghadap Seri Paduka di Istana Terengganu kira-kira jam 11 pagi semalam.

Majlis angkat sumpah memegang jawatan dan menyimpan rahsia oleh menteri dan timbalan menteri akan diadakan di Istana Negara pada 9.30 pagi ini.

0 Comments:

Post a Comment